Thursday, December 31, 2020

Alat hoki


 Kayu Hoki


Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya




Set penuh untuk penjaga gol hoki. Kebiasaan set penjaga gol harganya lebih dari RM2000.. Bangga sesiapa yang dapat pakai ni.. Dah nak sama dengan set barang kemas. Hik hik hik..
ada berani ke nak beli??

2 comments:

  1. blog ni menambahkan lagi pengetahuan saya tentang permainan yang pukul-pukul bola menggunakan kayu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Alat hoki

 K ayu Hoki Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hend...